• Home
  • Tentang Kami
  • Objektif

OBJEKTIF SEKOLAH

  1. Berusaha meningkatkan dan mewujudkan sistem pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dan berkesan untuk menghasilkan insan yang soleh selaras dengan pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan.
  2. Berusaha meningkatkan mutu pencapaian dan penglibatan murid di dalam semua bidang aktiviti yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah sama ada dalam bidang akademik mahupun bukan akademik.
  3. Berusaha untuk mewujudkan keadaan persekitaran kawasan sekolah yang ceria, bersih, selamat dan kondusif untuk murid dan untuk guru.
  4. Mewujudkan masyarakat yang berbudaya kerja serta budaya fikir yang tinggi.
  5. Mewujudkan semangat cinta dan sayangkan sekolah berdasarkan cogankata ‘Sekolahku Syurgaku’.
  6. Memupuk semangat kekitaan dan setiakawan di kalangan guru, kakitangan sekolah, murid-murid, ibu bapa dan masyarakat setempat.