MAKSUD LOGO SEKOLAH
SK (AGAMA) IBNU KHALDUN,
KOTA SAMARAHAN
Bentuk bulat
Melambangkan pemuafakatan umat Islam
Bentuk Heksagon
Melambangkan kaligrafi dan kesenian Islam
Al-Quran
Melambangkan segala sumber ilmu serta panduan hidup seluruh umat Islam di dunia
Bintang Lima Bucu
Melambangkan 5 prinsip rukun Islam dan 5 rukun negara yang menjadi panduan umat Islam
Bulan Sabit
Melambangkan tonggak kesucian agama Islam disamping memartabatkan sekolah agama sebagai sebuah sekolah yang terunggul dan dicontohi
Warna Kuning
Melambangkan kedaulatan pemerintahan beraja di negara kita
Warna Hijau & Putih
Melambangkan kesucian dan keharmonian agama Islam sebagai agama rasmi negara