• Home
  • Tentang Kami
  • Latar Belakang

LATAR BELAKANG

Sejarah penubuhan SK (Agama) Majlis Islam Sarawak bermula dengan pembinaan pada 5 April 2004 oleh Syarikat Borneo Development Corporation (Sarawak) Sdn. Bhd.

Projek sekolah ini bernilai RM5,468,099.44 dengan keluasan tapak 2.237 hektar siap sepenuhnya pada 15 Mac 2006. Setelah beberapa bulan, sekolah ini kemudiannya dikenali dengan nama SK (Agama) Ibnu Khaldun berikutan Majlis Perasmian yang julung kali disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Seri Abdul Taib Bin Mahmud pada 3 April 2006 bersamaan 4 Rabi’ul Awal 1427H.

Projek pembinaan sekolah ini terdiri daripada sebuah bangunan 2 dan 3 tingkat untuk akademik dan pentadbiran, makmal Sains, bengkel KH, gelanggang serbaguna, sebuah kantin, sebuah kuarters Guru Besar  dan sebuah dewan.

Sesi akademik SK (A) Ibnu Khaldun, Samarahan telah bermula pada tahun 2006 dan buat sementara waktu sekolah ini telah menumpang di SK Dato’ Mohd Musa, Samarahan bermula dengan pendaftaran 64 orang pelajar (31 murid lelaki dan 33 orang murid perempuan sebagai perintis Tahun 1 di sekolah ini.

Sekarang (2017) terdapat 547 orang murid (266 lelaki dan 281 perempuan),18 buah kelas, 45 orang guru, 5 AKP dan 8 orang pekerja swasta.