• Home
  • Tentang Kami
  • Ikrar Murid

IKRAR MURID

Bahawasanya kami, murid-murid 
Sekolah Kebangsaan Agama Ibnu Khaldun, 
dengan ini berikrar: 

Sentiasa mengamalkan nilai akhlak yang tinggi dan terpuji. Sentiasa meningkatkan diri dengan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum, kokurikulum serta penghayatan keagamaan yang tinggi. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru-guru, ibu bapa dan rakan-rakan kami. 

Sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah setiap masa.

Sentiasa berpegang teguh pada prinsip-prinsip rukun negara iaitu : 

Kepercayaan kepada Tuhan, 
Kesetiaan kepada Raja dan Negara, 
Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan Undang-Undang, 
Kesopanan dan Kesusilaan.