• Demo Demo

Selamat Datang ke
Laman Sesawang SK (Agama) Ibnu Khaldun
Kota Samarahan, Sarawak


'Melestarikan Kecemerlangan Ilmu'

Maklumat Pengajar Maklumat Pelajar Infrastruktur


  • Rosli Bin Terhim

    Guru Besar

    "Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

    Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan izinNya jua dapat kita membina laman Website Sekolah Kebangsaan (Agama) Ibnu Khaldun, Samarahan, Sarawak pada tahun ini. Berbekalkan semangat cintakan SKAIKS serta niat untuk meletakkan SKAIKS dalam kelompok sekolah elit dan berdaya saing, maka sudah tiba masanya satu laman web sekolah perlu dibina.

    Tujuan pembinaan laman web ini adalah untuk memberi peluang kepada semua pihak khususnya para ibu bapa dan masyarakat untuk mengenali SKAIKS dengan lebih berinformasi serta mengetahui perkembangan serta prestasi sekolah dalam semua bidang seperti kurikulum, kokurikulum serta semua program dan aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, bahagian, negeri dan seterusnya kebangsaan.

    Sebagai sebuah sekolah kluster kecemerlangan, pihak sekolah akan sentiasa memastikan keterlibatan SKAIKS dalam bidang kebitaraan sama ada kurikulum dan kokurikulum dapat bersaing dengan sekolah-sekolah kluster Kecemerlangan yang lain di seluruh pelusok tanah air dengan harapan dapat berdiri sama tinggi serta duduk sama rendah dengan sekolah-sekolah elit berkenaan.

    Akhir kata, selaku Guru Besar SKAIKS, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak ibu bapa dan UNIMAS serta semua pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung kerana sudi untuk membantu pihak sekolah merealisasikan pembinaan laman web ini. Saya berharap dengan terbinanya website ini akan memberi manafaat kepada semua pihak serta semua warga SKAIKS. Insha Allah.“

Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan

Sekolah Kluster Kecemerlangan turut dikenali dengan nama Sekolah Kluster dan Cluster School of Excellence merupakan sekolah yang bertaraf tinggi antara sekolah-sekolah lain di Malaysia. Sekolah Kluster Kecemerlangan ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid.

ketahui dengan lebih lanjut

Mobile Use



test


test
Dengan Kerjasama CSR

test

Dapatkan maklumat terkini untuk Pelajar & Ibu Bapa di sini..